Hashtag Throwback


Hashtag Throwback!

Nur Ain Sheila @ Simple. Nineteen. Sabah. I'm Simple and forever young. Are you is simple too? If you gonna search something, in below box!





Myself


Blog Archive


Contact Me

: Aieyn Adigawa II
: Aieynadigawa@gmail.com

Credits

© 2013 - Full Template by Ieqashafiqa. Cute icon from Pixel.
Cara Penamatan Status Kewarganegaraan Di Malaysia 2
Thursday, August 7, 2014 | 0 Diamond[s]

PELUCUTAN

Pelucutan kewarganegaraan dibuat berdasarkan 3 Perkara berikut iaitu:
1. Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan 
2. Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan  
3. Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 26 Perlembagaan Persekutuan 


Menurut perkara pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan ,  Kerajaan Persekutuan boleh (dengan perintah) untuk melucutkan kewarganegaraan jika :
  •  Perkara 24(1), seseorang itu memperoleh kewarganegaraan dari mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan tertentu.
  •  Perkara 24(2), seseorang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja
  •  Perkara 24(4), seseorang perempuan telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara.
By : Avee Alsfera Abit


Menurut perkara pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan pula, pelucutan kewarganegaraan seseorang boleh dilakukan sekiranya:
Perkara 25(1) -  Seseorang itu tidak setia atau tidak suka dengan Persekutuan                         melalui percakapan atau tingkah lakunya.
 -         Seseorang itu membuat hubungan atau berniaga dengan musuh yang menyalahi undang-undang ketika berlakunya peperangan yang melibatkan Persekutuan.
 -         Seseorang telah melakukan masalah di mana-mana negara dan dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun atau didenda tidak kurang dari RM5000 dan tidak diampuni dari kesalahan itu jika ia berlaku dalam tempoh 5 tahun bermula dari pendaftaran atau tarikh akuan diberikan.


  • Perkara 25 (1A)  - Seseorang telah menerima jawatan atau bekerja di bawah mana-mana kerajaan di negara asing, mana-mana bahagian siasahnya,mana-mana agensi kerajaan asing jika suatu sumpah,ikrar atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan pekerjaan itu tanpa mendapat kebenaran kerajaan Persekutuan.
  • Perkara 25(2)      - Seseorang yang biasanya bermaustatin di negara asing selama 5 tahun berturut-turut tidak mendaftarkan niatnya yang hendak mengekalkan kewarganegaraannya di pejabat konsul Persekutuan setiap tahun serta tidak berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan . 
By : Nur Ain Shiela bt. Wailih


Manakala bagi pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 26 Perlembagaan Persekutuan , seseorang warganegara telah :
  • Perkara 26(1) – didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu atau menyembunyikan sesuatu kenyataan .
  • Perkara 26(2) -  membuat perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai  warganegara telah dibubarkan atas sebab tertentu dalam tempoh 2 tahun bermula dari tarikh perkahwinan itu. 
Jika berlakunya hal yang sedemikian, maka berlakulah pelucutan kewarganegaraan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap seseorang warganegara.

By : Sylvina Malious

Post a Comment


Post a Comment