|
Hashtag Throwback! Myself
Blog Archive Contact Me Credits |
Cara Penamatan Status Kewarganegaraan Di Malaysia 1 Thursday, August 7, 2014 | 0 Diamond[s]
CARA PENAMATAN KEWARGANEGARAAN
PENOLAKAN
Syarat
yang perlu ada pada seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan
Persekutuan:
1.
berusia 21 tahun atau lebih
2.
sempurna akalnya
3.
warganegara lain atau hendak menjadi warganegara lain
Penamatan
kewarganegaraan boleh dibuat melalui cara PENOLAKAN. Menurut Perkara
23(1), seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Persekutuannya
mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut iaitu yang pertama dia
hendaklah berusia 21 tahun atau lebih, yang kedua dia hendaklah sempurna
akalnya dan yang terakhir dia merupakan warganegara lain atau hendak menjadi
warganegara lain. Sejurus dengan itu, akuan penolakan kewarganegaraan yang
dipohon itu hendaklah didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi walau
bagaimanapun, jika Persekutuan terlibat dalam sesuatu peperangan semasa akuan
itu dibuat, akuan itu tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan
oleh Kerajaan Persekutuan.
By : Avee Alsfera Abit |
Post a Comment
Post a Comment