Hashtag Throwback


Hashtag Throwback!

Nur Ain Sheila @ Simple. Nineteen. Sabah. I'm Simple and forever young. Are you is simple too? If you gonna search something, in below box!





Myself


Blog Archive


Contact Me

: Aieyn Adigawa II
: Aieynadigawa@gmail.com

Credits

© 2013 - Full Template by Ieqashafiqa. Cute icon from Pixel.
Badan Perundangan Parlimen
Thursday, July 17, 2014 | 0 Diamond[s]
  Parlimen adalah badan perundanagn bagi kerajaan persekutuan , berdasarkan sistem Parlimen Westmister dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan diseluruh negara . Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan yang ada , memeriksa dasar-dasar kerajaan , meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru . Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional . Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau senat) . Ahli Dewan Negara diberi gelaran senator .
    Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat , manakala ahli-ahli Dewan Negara , iaitu senator , sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuan di United Kingdom , dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung . Sidang Parlimen Malaysia diadakan dibangunan Parlimen yang terletak dibandaraya Kuala Lumpur . Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-2 , dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 april , 2008 . Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin , yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib .
  
       
                                                     Tempat Persidanagan Parlimen          

    

Post a Comment


Post a Comment